Belatucadrus

Saturday, March 10, 2012

Scene 1 (RyuuKi AKira)

(Japan)
*bunyi loceng jam sekolah*

"Tsk, bising betol la."

Aku bangun dari lantai bumbung sekolah.

"Ponteng lagi!"

Aku menjeling ke arah ketua pengawas yang selalu meng'aim' aku yang sedang berdiri kat pintu masuk ke bumbung tu.

"Tsk... mendou na..."

Aku dengan selambenye jalan melepasi dier tanpa menghiraukan nye. Aku teros berjalan keluar dari sekolah sambil meng'ignore' panggilan ketua pengawas yang busybody n menyusahkan tu. Aku berjalan dengan perlahan melalui jalan yang gelap dan sunyi ke rumah. Bila sampai kat rumah, aku teros ke dapur lalu buat sandwich. Rumah dua tingkat yang terletak di dalam kawasan yang terpencil itu sunyi sbb aku sorang je yang tinggal kat situ. Parents aku tak de kat rumah, diorang kat France. Aku ambil sandwich yang aku buat besama sebotol air susu ke bilik computer aku. Dalam bilik tu terdapat 4 computer yang berbeza, lantai bilik tu dipenuhi dengan pelbagai jenis wayar. Kerja kegemaran ku, 'hacking'. Aku mengeluarkan laptop kesayangan ku lalu aku sambungkan pelbagai jenis wayar pada laptop ku. Aku menjeling ke arah jam.

"Da pukul 6.30 da...Kira, meh sini, minum susu nie," kata ku sambil menuangkan sesuku daripada susu yang aku bawa ke dalam piring kucing hitam kesayanganku.

Aku makan sandwich ku sambil staring ka kucing aku yg tengah minum susu tu. Lepas habis sandwich tu, aku cepat cepat habiskan susu aku.

"Jom Kira, jom pergi ke dunia yang addictive tu," kataku.

Kira menghampiri aku sambil aku menaip sesuatu pada laptop ku. Tibe tibe bilik tu diterangi dengan cahaya putih yang sangat terang.

BIOGRAPHY


Ryuuki Akira

Souxie Von Ulf